semasa remaja penulis berpeluang bersama dengan orang-orang tua membuat perahujalur. Biasanya kami akan mengenalpasti pokok yang sesuai untuk dijadikan perahu jalur. Antara pokok yang menjadi pilihan orang tua ialah pokok pulai. Sebaik sahaja pokok pulai ditebang dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki sekitar 15 - 20 kaki. Saiz perahu jalur yang akan dibuat bergantung kepada saiz batang pulai, jika batang pulai itu besar, maka saiz perahu jalur pun besar juga.
No comments:
Post a Comment